Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ beri pengecualian cukai Lesen Kenderaan Motor, LKM kepada kenderaan kumpulan sukarelawan yang sediakan perkhidmatan penghantaran jenazah percuma.<br />Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, ini sebahagian tanggungjawab sosial agensi itu dalam menggalakkan badan bukan kerajaan melakukan kerja amal.
